LUFFIYA SKINCARE REVIEW (UNPAID)

Assalamualaikum semua, hi! Hari ini Hana nak review pasal LUFFIYA SKINCARE pula. Hehe.

Luffiya Skincare ni, kalau nak cakap viral, tak viral pun macam sesetengah produk tu, keluarkan sehari, habis satu dunia dia canang bagus. Padahal kulit awak tu, dijadikan test lab je. Sedih kan? Akhirnya kulit pula rosak. Hmmm...

Bila dah jadi macam tu, sama - samalah kita merawat kulit yang rosak tu ya?

Okay, bercerita pasal Luffiya skincare.

Luffiya skincare ni ada macam - macam jenis produk. Dari skincare sampailah ke suplemen cantik. Tapi alhamdulillah semua bagus - bagus.

Hana nak cerita siket mengenai set skincare Luffiya. Hana akan senaraikan satu persatu yang Hana sendiri pakai okay.

SABUN ALOE VERA 

Sesuai untuk semua jenis kulit
Melembabkan, melicinkan dan menyegarkan kulit
Mencerahkan kulit

My two cents : Ini sabun yang Hana sendiri pakai. Memang dijamin tak menegangkan atau memedihkan kulit. Dan paling seronok, sabun ni boleh pudarkan parut juga tau!

LUFFIYA WHITENING TONER

Mencerahkan kulit
Membuang sel kulit mati
Sesuai untuk kulit sensitive dan normal
Tidak memedihkan kulit

My two cents : Okay, ini toner Luffiya. Hana pakai ni seminggu sekali je. Kenapa?! Haha. Toner ni okay, tapi bagi Hana toner ni memang akan buat muka awak tu cerah sangat sebab memang tanggal habis kulit - kulit mati kat muka tu. Jadi untuk tak nampak macam dayang senandung, Hana pakai seminggu sekali je toner ni. Dan untuk kulit sensitive macam Hana, Hana belum mengalami pedih muka lagi kalau sapu toner ni.

NIGHT CREAM 1 : KRIM SARANG BURUNG LUFFIYA 

Memulihkan struktur kulit
Menstabilkan pH kulit
Mencerahkan kulit dan tompok hitam
Merawat jeragat
Mengecilkan liang roma
Melembabkan kulit

My two cents: Krim ni, kalau muka sedang berjerawat sebab datang bulan dan masih merah, disarankan untuk skip krim ni sampai jerawat tu dah kering. Dan perlu diingatkan untuk sapu nipis - nipis saja.

NIGHT CREAM 2 : KRIM KUNYIT LUFFIYA


Mencerahkan kulit kusam dan gelap
Mengurangkan jerawat
Memudarkan bekas jerawat dan jeragat

My two cents : Krim kunyit ni sangat pekat. Pekat dia memang tak sama dengan krim kunyit yang lain dan kadang - kadang stain your face a bit. Dah macam pakai pure kunyit je kat muka bila tempek krim ni but this cream really does what it claims. Cuma perlu kesabaran yang tinggi untuk this thing to work on your face.

PRICES 

Okay here's the thing, jangan terkejut ya.

LUFFIYA SET LENGKAP KECIL : RM 140 (subject to be changed)
LUFFIYA SET LENGKAP BESAR : RM 200 (subject to be changed)


Ok sambung cerita Hana dan Luffiya Skincare :

Setelah kebosanan pakai Tia amelia, Hana beralih pada LUFFIYA SKINCARE dan sudah hampir setahun Hana guna produk ni.

Alhamdulillah sangat! Best sangat - sangat!

Dulu muka Hana kusam sebab duduk Melaka ni panas dia lain macam sikit. Panas dia sampai buat muka Hana berbelang hitam. Encik tunang, yang masa tu baru bercinta dengan dia pun, kata muka kita tak cantik! Jujur sangat pulak laa dia kan? Sedih sangat.

So Hana terjumpa dengan skincare ni through ibu Hana sendiri. Dia gigih juga la tak nak anak dia ni tak cantik sebab dia dah jumpa bakal menantu yang dia berkenan... Kononnya, tak nak si tunang ni dulu cari lain. Haha. Hadoii,

Jadi mula - mula tu macam tak nak la pakai sebab mahal sangat satu set Luffiya ni! Sampai beratus - ratus. Rasa macam sesak nafas je dengar harga dia. Mana taknya, satu set kecil je dah makan RM 150.

Tapi sebab kasih ibu ni tak berbelah bahagi, dia beli juga untuk Hana walaupun tak nak sebenarnya. So Hana try la dulu untuk sebulan, muka tak jadi apa. Memang tak ada effect langsung pakai, macam tu juga. Hana pun tanya ibu, betul ke menjadi produk ni? Dah sebulan dah ni.

Ibu pun whatsapp agent luffiya ni, agent tu dengan baik hati dan gelak kecil siket-siket, dia pun cakap

dik sabar ya dik, luffiya ni memang natural produk dik, effect dia memang slow. orang pakai 6 bulan baru nampak kesan. Yang penting adik jangan putus asa pakai ya.

dengar tu, Hana rasa macam... Hmmm, kalau dah agent cakap macam tu, teruskan je la, lagi satu sebab memikirkan kulit agent tu memang cantik sangat - sangat, Hana gigih teruskan juga pemakaian Luffiya ni.

Lepas 3 bulan! Okay, 3 bulan! Barulah Hana dapat result yang macam testimoni Luffiya tu tau! Haa, rasa - rasa Hana memang betullah skincare Luffiya ni terbaik gila!!

Kulit bersih je tau, sampai kawan - kawan duk tanya - tanya Hana pakai apa. Haha. Serious cakap, memang best sangat pakai.

Ni hasilnya.



Okay, gemuk siket, tapi seriously, muka Hana alhamdulillah tak ada masalah kusam dah. Memang Hana akan terus pakai Luffiya ni, walaupun kadang - kadang terskip juga pakai.

Oh ya! Disebabkan sekarang ni viralkan produk - produk yang KKM haramkan tu kan?

Jangan risau, Luffiya tak ada such thing tau sebab memang Hana test sendiri produk ni. Setakat ni, memang tak ada masalah langsung, even pernah Hana terskip hampir sebulan sebab memandangkan harga dia tersangatlah mahal. HoHoHo. Muka Hana tak naik pape pun, sama ada jerawat ke, nanah ke, ruam ke ape ke, memang tak ada. Sebab produknya memang tak ada bahan - bahan beracun.

Jangan risau tau, terskip ke, terstop terus ke ape ke, Luffiya memang tak buat muka awak teruk.

Ala cakap macam tu memang lah boleh kan. Jangan risau, Hana da klipkan sekali KKM. Retreived on 14 April 2017 haa..



Kalau awak semua nak beli, sila lah ke hq Luffiya sendiri ataupun beli dengan Agent sah mereka. Kalau tanya Hana kat kedai ada jual tak Luffiya?

JAWAPAN DIA : LUFFIYA TAK DIJUAL DI KEDAI, HANYA ONLINE DAN MENERUSI AGEN - AGEN BERDAFTAR SAHAJA.


Ini Hana dah senaraikan mana awak semua boleh dapatkan skincare ni ya :

MERVE FULL COVERAGE FOUNDATION REVIEW

Hye ladies. I am back.

Okay, I don't know where to start but Finally for the first time! I found my perfect foundation. *clap.clap.clap*

FOUNDATION APA?


credit to Merve

Okay, since school sampailah universiti. Hana memang susah nak cari foundation yang sesuai dengan kulit. Selalu mesti tak matching la, terlalu dry la, muka nampak bercampuk - campuk bila pakai and ada juga yang bila pakai terbanyak siket, muka terus jadi berlengaih. ( melekit ) eeeeee~ ngeri gile. 

Hana dah ended up trying few products. Sebut je Jah. foundation magic ikut warna kulit pon, Hana dah pernah try. Result? Hmmm... Menangis. Sebab habis beratus kot tapi hasil tak menjadi pon. 

Sampailah Hana jumpa foundation meriah macam pelangi ni. Haahaha! Overnya! 

Merve Full Coverage Foundation with Superfruits!!

Tengok nama pon dah mewah dahh. Macam produk overseas je gayanya tapi ketahuilah anda, it's 100% local product. Bangga la siket, anak watan kita yang keluarkan produk macam ni oii. 

Okay, first Hana akan cerita dulu, how I ended up buying this foundation? 

One day, masa duk syok scrolling Facebook, terjumpa la posts pasal Merve ni. Masa tu Merve Cosmetics ni baru je dilancarkan. Time tu, ye la, stalk-stalk la dulu. Best ke product ni? 

Sumpah, masa pertama kali tengok tu, I thought the product from Indonesia since model yang ambil gambar dengan produk tu sume orang putih and seeing the founder wearing bold and eye-catching clothes kan. Tapi rupa-rupanya Puan Joy ni orang mesia kita je. Huhu.

Then, macam interested pulak tengok produk die yang comel and ala - ala fairytales ni. Geram je. Terdetik juga kat hati macam, " I must get this product on hands." ... macam cita - cita pon ada. 

Tapiii bila tengok harga, macam nak pengsan pon ade. Haha. Standard juga harganya. So hold dulu, sampailah Hana buat Latihan Industri. Masa tu, Hana sibuk sangat tanya kawan - kawan LI, foundation apa yang bagus sebab Hana tengah cari foundation sangat - sangat ni. Banyak juga cadangannya tapi still warna foundation tu tak sesuai sangat dengan kulit Hana. 

Akhirnya, Hana bukak balik Facebook, cari Merve stokis Terengganu. Mak aii, payah juga sebenarnya nak cari Merve ni sebab toko jamu/kedai kosmetik biasa tak amik Merve ni. Jumpalah akak kat area tempat Hana tu yang jual Merve ni. Masalah timbul pulak bila Hana tak boleh pergi kedai dia sebab tengah kerja an. Tambah pulak, hari jumaat yang hari Hana cuti tu, kedai akak tu pulak tutup. Aduhh.. Punyalah payah nak membeli. 

Bila dah dapat kat tangan, rasa mengeletar juga tangan sebab bukan beli foundation je, terrrbeli jugak serum MELETUP dia!! Hana oi Hana oi! Hilang akai ka?!! 

Tapi~ Tapi~ Tapi~ 

masya-Allah bestnya foundation ni. Very different! In every single way! Tak sama langsung dengan produk lokal lain. Serious! 

Packaging dia, bau foundation, struktur foundation, everything! BEST SANGAT! ( Sumpah tak propa langsung, sebab Hana pakai okay!) 

My experience. 

Struktur 
Tak likat, tak kering jugak. Bila calit tu, struktur dia ringan dan tak rasa berat. Langsung! Tak tahulah orang macam mana, tapi kadang - kadang foundation lain, bila kita calit, rasa macam ada mende je yang lekat kat kulit kita. Rasa macam.... Entah, melekit gitu. Hana memang pantang gila bila rasa foundation tu berat kat muka. Rasa menyampah pon ada. Tapi, alhamdulillah, dah banyak kali pakai Merve tapi langsung tak pernah terbeban dengan foundation ni. Ringan oii..

Finishing 
Okay yang ni, best gile vavi! Haa, ambek kau! Hahaha. Best apanya? Best sebab foundation ni finishing dye matte! Tak nampak macam disco ball langsung!


"Jah, apa yang bestnya jah, kita nak nampak glowing lah! Kita nak glowing macam heroin descendant of the sun tuhhh" *slip tudung raya*

Ish! Apa pulak, kau ni tinggal kat mana? Kat antartika ke? Sejuk macam ais beku? Kau pakai foundation yang glow-glow ni nanti muka kau tu, macam kau siram minyak masak tahu! Haaa, nak glowing la sangat. Duduk mesia panas bagai nak rak. Ada hati nak glowing - glowing. *hakak pakai Merve* 

Haha. Yang ni langsung Hana tak tipu sebab bila once kita sapu foundation ni, automatik dia akan blend dengan sempurna kat muka. Nampak macam you wear you own skin! Sape tak suka oiii? 


Nanti bila memercik peluh tu, make up nampak glow semula jadi tau! Jangan jadi orang yang pakai foundation glow + peluh + panas = minyak masak. ( Hohoho, my opinion )  

Durability 
Yang ini, since Hana kerja lapan jam. Kira dari pukul 9 pagi sampai la 6 petang. Make up Hana masih standing still. Alhamdulillah. Padahal aku calit - calit manja je kat kulit haa.Haha.

And for your information!
Foundation ni ada banyak sangat function dia! Macam nak nagis je kalau nak cerita. Sebab terlampau banyak khasiatnya.









mudahkan? Kalau kita keluar, tak perlu kita tampal banyak - banyak benda atas muka sebab in one foundation, you can get everything! 

Price (subject to change)
PENINSULAR : RM 105.00SABAH/SARAWAK : RM 115.00




Chriszen Aloe and Rice 98% Intense Moisturizer Gel Review ( Unsponsered )

Okay, kali ni I'm going to review on a very great product from Chriszen.


Chriszen ni believe it or not, is a local product tau. Yep, Hana sendiri macam kejut jap sebab products dye banyak resembles Korean Cosmetics. Tapi apa yang bestnya tentang Chriszen ni, all their products sangat sesuai dengan weather Malaysia yang panas dan lembab. Jadi bila kita apply apa - apa krim atau kosmetik dari luar negara, kulit kita akan cepat berpeluh dan berminyak.
Ini masalah yang selalu timbul bila kita guna produk luar negara yang langsung tak sesuai dengan cuaca negara kita. ( some of them )
Sebab itu, adalah sangat dan amat disarankan untuk kita choose products wisely. 
( Yeah, I always support local products )

Good news! Product ni sangat - sangat sesuai dengan cuaca Malaysia. No more, muka kerut - kerut sebab tak selesa! Huhu

Okay, kulit Hana tergolong dalam kulit yang sensitive. Kulit cepat merah bila kena panas and selalu rasa gatal sebab kulit kadang - kadang jadi kering. Rimas tu tak payah cerita. Sedih nong! Hana tak tahu nak buat macam mana lagi dah.

Sampailah satu hari, my skin got irritated so bad! Habis satu muka naik ruam kecik - kecik. Pening kepala sebab dua minggu lagi nak raya oii. Muka dah teruk ni. Sampai nak selfie pon tak sanggup. 
I won't provide any picture sorry!

So Hana cakap kat ibu, tak boleh jadi ni, kena cari solution jugak ni. So then, we went to our regular kedai toko jamu around my area. Masuk kedai tu, tak tahu nak beli apa nak pulak. Sampailah, seller tu tunjuk Chriszen Aloe and Rice moisturizer tu. 

Dia cakap elok sangat untu muka ruam Hana ni. Mula - mula rambang mata juga, sebab ada banyak brands kat depan mata nih. Tapi last - last Hana angkat gak chriszen sebab.... ( sila tengok pro and cons ) 
And guess what, Hana sapu time siang je tau! Siang je! Dalam masa empat hari, licin terus muka! Licin macam baby kau! ( Exaggerate jap! Hahaha)  haaa...

Since then, Hana memang sentiasa pakai chriszen ni. Kejap - kejap apply sebab bila apply tu muka rasa sejuuuk je, rasa fresh!

Ala Hana ni cakap banyak je. Banyak je aloe vera jenama lain. Sama je fungsinye. Eh-Eh-Eh! Awak silap! Chriszen ni ada aloe vera dan rice milk tahu! Haa, dua benefits in one! Mana kau nak cari?

Aloe Vera benefits 
melembabkan kulit kepala, rambut, 
mengembalikan kesihatan rambut rosak.
memperbaiki kulit yang rosak, kulit berjerawat, kulit sun-burn
mengurangkan keradangan kulit
memulihkan luka 

Rice milk benefits 
mengurangkan blackheads
melawan jerawat
mengurangkan minyak di wajah
mengurangkan keradangan kulit 
mengecilkan pori 
mengurangkan parut
mencerahkan kulit

Pros : 
Tak melekit 
 Sejuk bila pakai
Can be applied before makeup as base
Cons:
mempunyai bau yang agak kuat
lambat kering bila sapu

Kalau ikutkan, orang jepun purba dulu kulit dia semua cantik - cantik sebab dieorang hari - hari basuh muka dengan air beras. Sekarang depa duk tepek SK-II kat muka, tapi kau hado ke duit banyak tu nak beli tiap - tiap bulan haa? So this is the best choice! Nak - nak yang remaja pun boleh pakai. Hoho. 

Lagipun, bagi Hana, this the must product in every home sebab gel ni sangat versatile. Dia boleh guna kat mana - mana je. All over body. So nanti kalau emergency, terus grab je gel ni. Mudah dan selamat. Harga pun tak mahal mana. Seisi keluarga boleh guna. 

 the ingredient list and information for the product.

Ingredients
Aqua, Glycerin, Propylene Glycol, Butylene Glycol, Carbomer, Triethanolamine, Diazolidinyl Urea, Allantoin, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Aloe Veral leaf Extract ( Aloe barbadensis leaf Extract ), Fragrance
Product Efficiency
Moisture replenishment, after-sun repair, skin nourishing
Product Description
An effective moisturizer for skin burn, pregnancy stretch marks and wounds. It aids in preventing dark spots and scars. Providing wound healing and anti-inflammatory properties that reduce skin inflammation. It helps in healing quickly and the text got blurred up with the expired stamp. However it is also helps in treating the chronic skin problems such as psoriasis, acne and eczema.  
Harga
Semenanjung : RM 28.90
Sabah & Sarawak : RM 32.00