Review Laneige BB Cushion (Pore Control)


Alkisahnya Hana bawa adik cari Laneige kat Parkson Mahkota Parade, dia nak sangat pakai BB Cushion ni sejak dia tengok promotion pasal mende alah ni kat Go Shop. Hana cakap la lebih baik kita pergi beli sendiri daripada beli kat Go Shop, kang tak sesuai dengan kulit kita... Maka pemburuan bermula sebaik sahaja kami sampai ke Melaka. Sampai aje terus pergi beli dekat Parkson Mahkota Parade. Boleh la cari Laneige BB Cushion ni di bahagian kaunter Laneige dan dengar la siket-siket apa yang dia duk bercerita pasal BB Cushion ni. 


Selamatlah satu pembayaran Laneige BB Cushion di Kaunter Parkson. 
Harga : RM 159 ( Dapat kupon Parkson RM20)
Code : P21 ( Pink Beige)
*comes with a free refill. 

Okay, mari mulakan review Laneige BB Cushion ni. 

Texture 
Texture die agak cair macam BB krim yang lain tapi dengan a hit of cool feel when applied on face. Apa tu soothing effect? Soothing Effect ni ala-ala agen penyejuk la bila disapu pada muka. Bila Hana tempek kat muka tu, rasa sejuk jee kat muka. Best je rasa. Kalau kita penat ke, lepas solat ke, nak touch up makeup kat muka rasa macam tak sabar-sabar je sebab rasa sejuk je bila sapu kat muka. Kira kita refresh balik la kulit kita yang penat tu. 

Water Resistance 
Daya ketahanan terhadap air. Hmm, yang ni memang Hana boleh bagi A la kot dekat BB Cushion ni sebab memang water resistance. Tak mudah luntur pun walaupun duk berjam-jam tengah panas. Makin dewy je muka. Tak bercampuk. So win sangat la kalau pakai BB ni bila nak jalan jauh-jauh and bagi yang malas nak touch up muka banyak kali. Makanya bila nak solat atau nak tidur, mohon cari Makeup Removal untuk tanggalkan segala kotoran pada wajah. Tak pasal-pasal naik jerawat batu pulak! (psst, best pakai kalau tengah datang bulan)

Pore Coverage and Pore Control
Yang ini Hana tak boleh nak review sangat sebab kulit Hana tak ada pore yang besar dan serius. Jadi Hana nak tekankan pada kulit yang mempunyai pore yang halus sahaja. Bagi penutupan pore yang halus, memang tertutup habis la. Hana dap siket aje pun dah cukup untuk tutup pore dekat muka Hana ni. Kalau pore yang agak besar tu mungkin perlu dab banyak siket kot kat muka. Mengenai pore control, Hana belum nampak lagi la kalau bab controlling pore ni, kena pakai lama siket baru boleh nampak kesannya. So nanti Hana update. 

Semi-matte Finish. 
Yang ini verdict siket sebab ia mengikut jenis kulit juga sebab adik Hana ni kulitnya sedikit oily jadi bila pakai tu nampak glow lebih siket daripada Hana yang berkulit normal ni. Jadi kalau yang kulitnya oily tu, Hana sarankan dust off siket loose powder dekat muka baru nampak kemas dan tak over shining. After few hours, Hana bole nampak BB Cushion ni sedikit berminyak pada muka tetapi macam Hana cakap tadi, it doesn't make you look cakey but more to dewy-look like. Pokoknya, Hana sarankan bawa travel sekali dengan oil blotting paper

UV Protection 
Ramai yang tak tahu yang kalau kita nak awet muda, kita perlu dan mesti lindungi kulit kita daripada sinaran UV sebab sinaran UV ni sangat membahayakan kulit. Silap hari bulan boleh dapat kanser kulit jikalau terdedah dengan UV terlalu lama. Dengan BB Cushion ni, tak perlulah kita beli krim UV yang lain sebab ia sudah didatangi dengan UV Protection. Dah jimat duit kat situ. Hehe. 

Color
BB Cushion ni hadir dengan variasi warna yang banyak. Semua sesuai untuk kulit Asia macam kita ni. Yang paling best, BB cushion ni keluarkan color dalam pelbagai undertone. Apa tu undertone, mohon google sendiri or nanti Hana akan cerita apa itu undertone. Nak sembang disini,panjang pulak post entry ni. Hana pilih warna Beige dengan pink undertone. Kenapa?! Ia lebih nampak natural pada kulit dan dapat mengurangkan kulit yang kemerahan dengan jayanya. Code ini baru sahaja dikeluarkan Laneige. 

Konklusi
Secara overall, Hana sangat gembira dengan produk ni sebabnya ia didatangkan dengan refill free! Mengenai puff BB Cushion ni, Kita perlu basuh hari-hari supaya bakteria yang ada pada puff tu tak melekat pada muka kita. Leceh? Hmm, agaklaa... tapi cuba fikir, sapuan die memang best sangat dan ia tahan lama pada muka. setakat tenyeh siket dengan air bersih tu ape la sangat kan? Hehe. 




1 comments:

Apa komen awak?